i n t r o v e r t

 photo okksk_zpsabsld0wr.jpg

ENTRY ABOUT FACEBOOK TWITTER TUMBLR NEWER OLDER +FOLLOW

a little thing called lazy.
Oh oh oh, dah nak malam rupanya. Dan aku bahagia landing atas katil buat taik mata disaat roomate aku turun jogging. Sebab tu badan naik macam dipam-pam dgn pam angin Petronas.

Eh, penat kot. Dr mggu lepas, test belambak dan alhamdulillah esok adalah test terakhir utk minggu ni. Harapnya la. Tapi bakal diganti pulak dgn presentation2 yang menyengalkan segala urat sendi yang tak kuat mcm dawai besi ni. Then, dgn segala assignment yg nk dihantar. Ergh. Dgn talaqqi yg tak hafal lagi. Dgn lab report yg makin menyerabutkan kepala lagi.

Tapi still, dalam banyaknya benda nak diselesaikan tu, aku tetap punya masa nak tidur berjimba-jimba atas katil, berblogging bagai. Who cares? Haha.

Dalam byk benda yg serabut tu, benda yang paling serabut takat ni ialah nak basuh baju aku dalam bakul yang makin melimpah tu. Ergh. I hate laundry. Bukan sebab apa, aku ni tingkat 4 and bilik basuh kat aras paling bawah kot. Gila aku nak turun naik. Dulu rajin la skrg makin lama, makin malas sbb nak tunggu tu lama, so aku kena naik bilik balik sementara nak tggu siap basuh. Lepas tu turun balik pergi sidai. Then, turun balik pergi angkat. Ergh. I'm not that type of girl yg rela hati bersabar menempuh segala jenis cubaan dlm perjalanan nak pergi setelkan laundry. Ewah kau.

And skrg, aku tgh berkira-kira nak mandi ke nak basuh baju. Kalau aku mandi aku dah malas nak basuh baju. Tapi kalau aku basuh baju, aku mesti masuk bilik lambat and lab report aku punya conclusion tak siap lagi. Nanti atul tutup pintu bilik dia cane aku nak copy conclusion lahai.

Begitu banyak dugaan oh. Eh aku bukan malas ler. Eheh.

0 comment[s] | back to top